KF

KF

Sabtu, 23 Januari 2016

SEKAPUR SIREH



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

     SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG 
        JKKKP KAMPUNG FAJAR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Subahana Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita mewujudkan Laman Blog JKKKP Kampung Fajar ini. 

Walaubagaimanapun sukar untuk kita mewujudkan Blog kampung ini jika tidak dengan kerjasama semua pihak terutama pihak ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan bagi menyiapkannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang tidak pernah mengenal penat dan lelah untuk memastikan kesempurnaan bagi setiap ruang Blog ini. Sebetulnya bak kata pepatah “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”.

Semoga dengan wujudnya Blog Kampung ini kita sama-sama mendapat manfaat darinya. 

Sekian. Wassallam.

 


AWALLUDIN BIN MAHFUL
Pengerusi
JKKKP Kampung Fajar
Felda Sungai Tengi Selatan

PROFIL


MAKLUMAT:

Nama Kampung
Kampung Fajar, Felda Sg. Tengi Selatan
Alamat
Pejabat JKKKP Kg. fajar, Felda Sg. Tengi Selatan
Jalan Mangga, Kg. Fajar
44010 Kuala Kubu
Keluasan
ekar
Pengerusi JKKKP
Awalludin bin Mahful
Negeri
Selangor Darul Ehsan
Daerah
Hulu Selangor
Mukim
Hulu Bernam
Parlmen
Hulu Selangor
Ahli Parlimen
YB Dato' P. Kamalanathan
Dun
Hulu Bernam
Ahli Dun
YB Dato' Rosni bin Sohar



SEJARAH :

  • Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan  mula didiami  pada     tahun 1988.
  • Pada tahun 1988 kampung ini merupakan sebuah perkampungan dan    penempatan Felda Sungai Tengi Selatan.
  • Penduduk telah bermuafakat melantik sebuah badan yang dinamakan Jawatankuasa Masyarakat untuk mengurus dan mentadbir Kampung.
  • Pada 22 Januari 2016 Kerajaan Negeri Selangor telah anugerahkan       surat hak milik tanah rumah dan lot kebun   kepada semua penduduk.
  • Penduduk Kampung menjadikan  gotong royong sebagai satu budaya yang dapat membina sebuah Masyarakat yang bekerjasama serta bersatupadu.
  • Bagi menggerakkan aktiviti dengan lebih berkesan JKKKP telah   mengujudkan Persatuan Belia, Persatuan kompang, Persatuan Marhaban lelaki dan Wanita, Kelas bina Insan, Tadika dan Tabika, Pusat Tuisyen.
  • Dengan kerjasama penduduk dan perancangan yang tersusun maka kampung ini sering mendapat kejayaan demi kejayaan dalam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
VISI
Kampung Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI
 Membangun Potensi Individu Melalui Kampung Berkualiti


MOTTO KAMPUNG
KAMPUNGKU TETAP DIHATIKU


SLOGAN KAMPUNG

“MASYARAKAT BERPADU, KAMPUNG MAJU”

Masyarakat yang sentiasa mengamalkan sikap bersatu padu, tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain akan dapat mewujudkan satu suasana keharmonian, kekuatan dan kestabilan dalam masyarakat.

Segala perjalanan, perancangan dan aktiviti terancang akan dapat dijayakan dengan bersepadunya JKKK sebagai pemandu dan masyarakat kampung yang padu akan menjadikan kampung maju, menarik dan menguntungkan.

Kejayaan akan dapat dikecapi dengan perpaduan dikalangan pemimpin masyarakat, masyarakat setempat dengan pihak atasan bagi menjayakan segala kemajuan pasarana dan modal insane berguna kepada agama bangsa dan negara kearah 2020.

-----------------------------------------------------------------------------------------
LOGO DAN MERCU TANDA

------------------------------------------------------------------------------------

LAGU RESMI

------------------------------------------------------------------------------------

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JKKKP



PERANAN DAN TUGAS JKKKP
KG. FAJAR
  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKKP Kg. Fajar merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi mentadbir , mengurus dan memajukan setiap kampung. 
  • JKKKP telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
  • Sebagaimana sedia maklum, JKKKP adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang bertindak sebagai penghubung di antara agensi agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program program kerajan yang di laksanankan unutk kesejahteraan rakyat. 
  • JKKKP merupakan unit pelaksana dasar dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalur aspirasi rakyat kepada peringkat yang paling tinggi.
  • Menepati kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung,JKKKP bertanggungjawab di dalam mentadbir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadikan badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga,pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk wrga desa yang berdaya maju serta inovatif. 
  • Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. 
    *
  • Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
  • JKKKP yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan.

TANGGUNGJAWAB JKKKP
  • Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung.
  • Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk.
  • Semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
  • Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
  • Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain.
  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • JKKKP perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA
  • Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
  • Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai- nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.
  • Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.
  • Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
  • Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
  • Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.
  • Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
  • Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
  • Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
  • Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.
  • Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

AKTIVITI JKKKP 
  • Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKKP.
  • Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKKP.
  • Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.
  • Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKKP.
  • Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKKP.
  • Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKKP.
  • Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.
  • Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKKP.
  • Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.
  • Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
  • Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.
  • Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.
  • Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKKP. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.
  • Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.
  • JKKKP perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk memajukan kampung.
  • JKKKP bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan.

SIFAT-SIFAT AHLI JKKKP

Ahli JKKKP mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:

BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampung.

AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.

ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Ahli JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama dan lain-lain.

KEKUATAN: Ahli JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat. Ahli JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna Ahli JKKK mestilah bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat. 

SEDIA BERKHIDMAT: Ahli JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.

BERDISIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan hariannya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.

BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi Ahli JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi Ahli JKKK. Ahli JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuhnya dengan orang lain, mereka seharusnya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan. 

Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.

Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada Ahli JKKKP, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKKP, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin. 

Oleh itu Ahli JKKKP seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. J

AMALAN MENDIDIK: Ahli JKKKP juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekiranya Ahli JKKKP itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.

TUGAS UTAMA JKKKP

JKKKP kampung perlu melakukan tugas-tugas utama berikut:

  • Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.
  • Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.
  • Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain).
  • Menjadi pengantara antara penduduk kampung dengan pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.
  • Bertanggungjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.
  • Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKKP dan ahli jawatankuasa kecil nya.
  • Menyediakan profil kampung, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.
  • Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat.
  • Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampung dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya sekali dalam sebulan).
  • Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.*
  • Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.
Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya.

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA



Kampung Fajar telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Kampung Menti dibawah Kampung Mentor Desa Maju Sungai Tengi dalam Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia.

Pemilihan kali ini merupakan satu cabaran bagi JKKKP Kampung Fajar  kerana tempoh yang empat bulan untuk menyediakan dokumen bagi penilaian yang akan diadakan pada bulan April 2016 oleh hakim penilaian.

Walaupun tempoh yang diberikan oleh pihak urusetia pertandingan begitu singkat, namun berkat kerjasama dan dokumentasi yang sedia ada maka cabaran ini diterima dengan terbuka oleh semua ahli jawatankuasa dengan kerjasama penduduk kampung.

Dengan itu, Keharmonian dalam sesebuah kampung memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan agenda pelaksanaan Program Menti ADS1M.
Semangat bersatu padu, saling hormat-menghormati dan tolong-menolong dalam kariah sesebuah kampung merupakan satu semangat yang mampu mencorakkan kejayaan Program Menti ADS1M.
Rantaian kerjasama inilah yang memastikan keselamatan serta keharmonian kampung itu tercapai, sekali gus membina masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain.
Dalam pada itu semua urusan dapat dijalankan dengan baik dan akan cuba melakukan yang terbaik demi masyarakat Kampung Fajar dan pemimpin yang sentiasa memberikan perangsang dalam memajukan kampung.

Pada dasarnya untuk penghakiman ADS1M, penilaian dari Aspek Kepimpinan dan Pentadbiran difokuskan dengan teliti dan cuba diuruskan sebaiknya.

Begitu juga dari Aspek Pendidikan dan Latihan, bila mana ahli jawatankuasa yang ada dibantu oleh anak kampung telah melihat keperluan untuk memberi penekanan pendidikan untuk mereka berjaya. Dengan memberikan pendidikan kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar mereka mampu menghasilkan anak kampung yang berpendidikan.

Apapun dari segi pendidikan ianya amat diutamakan dan menyumbang kepada Aspek Ekonomi dan Usahawan bila sebahagian besar anak kampung merupakan penjawat awam dan menyumbang kepada ekonomi negara. Meskipun daripada faktor penilaian aspek yang ditekankan hanyalah untuk petani, nelayan dan penternak sahaja yang digunapakai tetapi ekonomi yang kami tekankan merangkumi pendidikan dan pekerjaan yang mampu kami sumbangkan kepada negara.

Jika dinilai Aspek Patriotisme dan Kemerdekaan dengan sendirinya sejarah kemerdekaan terus langsung dapat dilihat dengan kewujudan bangunan Kubu Lili yang masih tersergam kukuh bersebelahan kampung dimana bangunan sejarah sebelum merdeka terus kekal hingga kini dan dapat menjadi ingatan anak kampung.

Pun begitu memang tidak dapat disangkal Aspek Kerohanian dan Kemasyarakatan bukan menjadi alasan untuk tidak dijalankan bilamana Masjid merupakan tempat menjalankan aktiviti agama yang pastinya setiap hari pasti kewajipan menunaikan perintah agama disempurnakan. Lantaran itu aspak kerohanian tetap kekal wujud kepada anak kampung yang hidup dalam bermasyarakat disini.

Untuk merangkumkan nilai Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Kecerian dalam penilaian yang difokuskan kepada satu kejayaan pemimpin sedia ada yang telah menyediakan jawapan yang tepat dengan adanya sistem berjadual pembuangan sampah sekitar kampung agar sentiasa bersih dan anak kampung yang sihat. Disamping itu, sistem sanitari yang lengkap disediakan diseluruh kampung serta sistem perparitan yang sentiasa ditambah baik. Hal ini dapat memberikan keceriaan kepada kampung.

Seiringan dengan itu Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditokok tambah dengan kemahiran anak kampung yang terpelajar dan sokongan bahan yang disediakan oleh kerajaan terus membuka jaringan dengan dunia luar. Kewujudan Blog JKKK Kpg Masjid Betong juga memberi sebaran maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang kampung ini. Selain itu, wujudnya laman Facebook yang dapat terus memberi infomasi dan perbualan dengan rakan yang lain.

Lagipun kepimpinan yang mantap dengan gabungan bekas pesara guru yang menjadi pemimpin kampung yang diterajui memiliki personaliti yang lengkap dari segi penilaian sebagai seorang ketua.

Dengan gandingan yang bersepadu dikalangan individu yang mempunyai kredibiliti berbeza, berkebolehan dan berkaliber untuk terus memimpin serta berpersonaliti menarik memberikan keyakinan untuk Kampung Fajar sebagai sebuah kampung yang berjaya mencapai kejayaan dan disegani.

Jumaat, 22 Januari 2016

ADS1M - 1 : PATRIOTISME & KEMERDEKAAN



Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. 

Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. 

Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

ADS1M - 2 : KEPIMPINAN & PENTADBIRAN

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) amat penting dalam usaha kerajaan mengukuhkan peranan institusi itu sebagai ejen transformasi luar bandar.
Justeru, kepimpinan JKKKP perlu menampilkan kepimpinan yang terbaik di samping memberi peluang kepada generasi muda untuk melaksanakan transformasi di kawasan setempat.
Melalui model baharu kerajaan tersebut dilihat dapat meningkatkan keberkesanan, kewibawaan dan kepimpinan JKKKP di peringkat akar umbi.

ADS1M - 3 : PENDIDIKAN & LATIHAN

ADS1M - 4 : EKONOMI & KEUSAHAWANAN




Pertanian dan Penternakan

Aspek ini menilai usaha-usaha serta kemajuan sektor pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) dan sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi penduduk kampung tersebut. Ciri-ciri yang dinilai meliputi usaha-usaha pertanian secara berkelompok, pemulihan tanah terbiar, sistem pemeliharaan
ternakan, penyenggaraan kebersihan kandang/kolam, pengembangan serta kadar penerimaan dan penggunaan teknologi.

Penekanan juga diberi kepada usaha-usaha pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) secarakomersial, kaedah-kaedah pengurusan, serta mempertingkatkan hasil dan pemasaran.


Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan

Aspek ini menilai kepada sejauh mana penglibatan penduduk dalam projek-projek ekonomi selain dari sektor pertanian meliputi perniagaan, industri desa, sektor perkhidmatan, pelancongan, pelaburan/kewangan dan seumpamanya.

Ini termasuklah usaha-usaha mempelbagaikan asas ekonomi yang boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk seperti industri pemprosesan dan pembuatan, sektor perkhidmatan, industri pelancongan dan perniagaan.

Penilaian juga dibuat kepada keupayaan menghasilkan projek-projek yang boleh dijadikan model kepada kampung-kampung lain, keupayaan menerima dan menggunakan kemahiran/kepakaran serta teknologi baru dan usahausaha yang boleh menyumbang ke arah perwujudan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).


Sumber Kekayaan Baru Desa

Aspek ini menilai kemampuan penduduk setempat (individu) menggunakan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kreativiti dan inovasi untuk :

- mencipta suatu produk unik/baru yang tiada dalam pasaran serta memiliki potensi komersil yang tinggi;

- mencipta suatu kaedah/teknik teknologi/peralatan atau penyelidikan/warisan petua yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti atau daya saing sesuatu produk; dan

- memanfaatkan hasil penyelidikan saintifik atau kajian tempatan untuk memberi nilai kompetitif terhadap produk sedia ada.

b. Skop item ialah kraf tangan, makanan, fabrik, kecantikan, herba baru dan sebagainya. Aspek ini menilai daya penduduk secara individu menerbitkan idea, penggunaan bahan-bahan yang mudah digunakan, cara-cara pembuatan yang tidak kompleks, teknologi murah yang digunakan, penggunaan petua, memanfaatkan hasil penyelidikan tempatan, kepelbagaian jenis ciptaan, perbandingan kuantiti dihasilkan (sebelum/selepas), perbandingan masa pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas),
perbandingan kos pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas), harga jualan satu (1) unit, pendapatan purata (bulanan) dan sambutan/testimoni pelanggan.

ADS1M - 5 : KEROHANIAN & KEMASYARAKATAN


Perpaduan atau ‘solidarity’ didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.

Bagi kami, perpaduan masyarakat merupakan kunci kemakmuran, kejayaan dan kesejahteraan kampung. Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang membawa kepada perpaduan masyarakat di kampung ini sejak dari dulu lagi.


Program Keagamaan






Sambutan Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri di sambut setiap tahun di kampung ini dan budaya kunjung mengunjung dari rumah ke rumah sudah menjadi amalan penduduk Kg. Kituntul Lama tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.




Program bergotong royong






Pemimpin bersama rakyat






Program Keselamatan


AJK Bahagian Keselamatan JKKK Kg. Fajar  telah membina sebuah pondok di pintu masuk ke kampung ini sejak dari tahun 2010. AJK ini telah menjalankan beberapa aktiviti keselamatan di kampung ini seperti:
  • Memantau kenderaan ataupun orang yang tidak dikenali masuk ke kampung ini.
  • Mengadakan rondaan di sekitar kampung pada sebelah malam secara bergilir-gilir. 
  • Memantau aktiviti-aktiviti yang tidak sihat di kawasan kampung ini.