
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
- JKKKP dalam menangani Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
- JKKKP boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
- JKKKP mendidik masyarakat dengan pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
- JKKKP mengadakan percambahan ilmu terutama semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
- JKKKP menengahkan perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
- JKKKP mengorak langkah dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.

KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
DI KAMPUNG FAJAR
Perkembangan teknologi maklumat di Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan masih berada di tahap sedang membangun.
Bagi anak-anak yang sedang bersekolah di peringkat menengah, mereka kebanyakkannya sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat untuk kegunaan mereka di sekolah.
Manakala bagi penduduk kampung yang dewasa, pendedahan di kalangan mereka masih kurang kerana golongan ini baru sahaja mulai mengenali teknologi maklumat ini sejak dari awal 90an.
Dengan itu, perkembangan sistem komunikasi terutamanya penggunaan telefon bimbit telah mencapai tahap 99% kerana purata keluarga di kampung ini memiliki telefon bimbit.
OBJEKTIF
- Melahirkan sebuah masyarakat yang celik IT.
- Mendedahkan penduduk kampong dengan teknologi IT yang dapat membantu memudahkan pekerjaan sehari-hari.
- Mendidik penduduk kampong supaya dapat menggunakan ICT segabai alat bantuan yang penting untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
MATLAMAT
Pengetahuan dan pendedahan ICT di kalangan penduduk Kg. Kituntul Lama dapat meningkatkan tahap penggunaan ICT untuk kegunaan dalam kehidupan sehari-hari untuk mencari maklumat tentang pelbagai perkara.
Contohnya, peluang perniagaan, peluang pekerjaan, informasi bina diri dan sebagainya. Kemahiran ICT dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk kampong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan