KF

KF

Jumaat, 22 Januari 2016

ADS1M - 7 : KEBERSIHAN, KESIHATAN & KECERIAAN



Kebersihan, kesihatan dan keceriaan adalah tiga perkara yang saling berkait dalam kehidupan sehari-hari. Warga Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan  telah berusaha dalam pelbagai bidang untuk mencapai tahap kebersihan yang maksimum.


PROGRAM KEBERSIHAN

Gotong royong membersihkan Mini Dewan tanpa mengira usia dan jantina. 

 



Gotong royong membersihkan padang permainan.




Aktiviti bergotong royong membersihkan tanah perkuburan diadakan setiap 3 kali setahun iaitu pada bulan setiap bulan Mac, Jun dan Oktober. 






PROGRAM KESIHATAN


Aktiviti program kesihatan di Kg. Fajar seringkali di adakan dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Ranau. Di antara aktiviti yang telah di adakan di Kg. Kituntul Lama ialah:

     Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan ini diadakan khususnya untuk memeriksa wanita seperti ujian ‘pap smear’ dan ujian pangkal Rahim. Pada masa yang sama, diadakan juga ceramah kesihatan pemakanan.

    Pencelupan kelambu
Pencelupan kelambu untuk mencegah gigitan nyamuk secara purata diadakan sekali dalam setahun.

Fogging
Aktiviti fogging untuk menghapuskan nyamuk di seluruh kampung diadakan sekali dalam setahun menurut keperluan semasa.

    Lawatan Jururawat Desa dari rumah ke rumah ibu mengandung
Aktiviti Jabatan Kesihatan menghantar Jururawat Desa untuk melawat ibu-ibu yang baru melahirkan anak berjalan sepanjang menurut keperluan ibu-ibu di kampung ini.




PROGRAM KECERIAAN

JKKK Kg. Kituntul Lama telah mula menganjurkan pertandingan keceriaan kampung sejak dari tahun 2009. Pertandingan ini telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti wajib sempena perayaan Pesta Kaamatan setiap tahun sehingga tahun ini. Bermula pada tahun 2010. pihak JKKK telah menyediakan sebuah piala pusingan untuk pemenang setiap tahun. Setiap pusingan adalah selama 4 tahun. Pada tahun 2013, pusingan pertama telah selesai dan pada tahun 2014, pusingan kedua kembali bermula untuk tempoh 4 tahun ke depan.

Aktiviti keceriaan blok







PROGRAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Program Tagal




Memelihara dan menjaga pokok-pokok tertua





Pengurusan sampah





Pelupusan sampah

    Daun-daun kering dan ranting-ranting kayu dikumpul dan dibakar.

    ii.        Penduduk kampung mengamalkan pelupusan sampah secara kitar semula dimana besi buruk, botol plastik/kaca dan kertas  dikumpulkan untuk dijual kepada syarikat kitar semula. Setiap minggu lori pemungut besi buruk dating ke Kg. Fajar untuk memungut dan membeli sampah sarap ini.

       Sampah sarap yang tidak dapat di bakar ataupun di kitar semula, akan dibuang ke tempat pembuangan sampah untuk memungut sampah-sarap yang telah dikumpulkan didalam plastik sampah setiap 2 kali seminggu. Penduduk kampung telah bersetuju untuk memberikan bayaran RM5 setiap plastik sampah sarap yang dipungut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan