KF

KF

Sabtu, 23 Januari 2016

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA



Kampung Fajar telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Kampung Menti dibawah Kampung Mentor Desa Maju Sungai Tengi dalam Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia.

Pemilihan kali ini merupakan satu cabaran bagi JKKKP Kampung Fajar  kerana tempoh yang empat bulan untuk menyediakan dokumen bagi penilaian yang akan diadakan pada bulan April 2016 oleh hakim penilaian.

Walaupun tempoh yang diberikan oleh pihak urusetia pertandingan begitu singkat, namun berkat kerjasama dan dokumentasi yang sedia ada maka cabaran ini diterima dengan terbuka oleh semua ahli jawatankuasa dengan kerjasama penduduk kampung.

Dengan itu, Keharmonian dalam sesebuah kampung memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan agenda pelaksanaan Program Menti ADS1M.
Semangat bersatu padu, saling hormat-menghormati dan tolong-menolong dalam kariah sesebuah kampung merupakan satu semangat yang mampu mencorakkan kejayaan Program Menti ADS1M.
Rantaian kerjasama inilah yang memastikan keselamatan serta keharmonian kampung itu tercapai, sekali gus membina masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain.
Dalam pada itu semua urusan dapat dijalankan dengan baik dan akan cuba melakukan yang terbaik demi masyarakat Kampung Fajar dan pemimpin yang sentiasa memberikan perangsang dalam memajukan kampung.

Pada dasarnya untuk penghakiman ADS1M, penilaian dari Aspek Kepimpinan dan Pentadbiran difokuskan dengan teliti dan cuba diuruskan sebaiknya.

Begitu juga dari Aspek Pendidikan dan Latihan, bila mana ahli jawatankuasa yang ada dibantu oleh anak kampung telah melihat keperluan untuk memberi penekanan pendidikan untuk mereka berjaya. Dengan memberikan pendidikan kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar mereka mampu menghasilkan anak kampung yang berpendidikan.

Apapun dari segi pendidikan ianya amat diutamakan dan menyumbang kepada Aspek Ekonomi dan Usahawan bila sebahagian besar anak kampung merupakan penjawat awam dan menyumbang kepada ekonomi negara. Meskipun daripada faktor penilaian aspek yang ditekankan hanyalah untuk petani, nelayan dan penternak sahaja yang digunapakai tetapi ekonomi yang kami tekankan merangkumi pendidikan dan pekerjaan yang mampu kami sumbangkan kepada negara.

Jika dinilai Aspek Patriotisme dan Kemerdekaan dengan sendirinya sejarah kemerdekaan terus langsung dapat dilihat dengan kewujudan bangunan Kubu Lili yang masih tersergam kukuh bersebelahan kampung dimana bangunan sejarah sebelum merdeka terus kekal hingga kini dan dapat menjadi ingatan anak kampung.

Pun begitu memang tidak dapat disangkal Aspek Kerohanian dan Kemasyarakatan bukan menjadi alasan untuk tidak dijalankan bilamana Masjid merupakan tempat menjalankan aktiviti agama yang pastinya setiap hari pasti kewajipan menunaikan perintah agama disempurnakan. Lantaran itu aspak kerohanian tetap kekal wujud kepada anak kampung yang hidup dalam bermasyarakat disini.

Untuk merangkumkan nilai Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Kecerian dalam penilaian yang difokuskan kepada satu kejayaan pemimpin sedia ada yang telah menyediakan jawapan yang tepat dengan adanya sistem berjadual pembuangan sampah sekitar kampung agar sentiasa bersih dan anak kampung yang sihat. Disamping itu, sistem sanitari yang lengkap disediakan diseluruh kampung serta sistem perparitan yang sentiasa ditambah baik. Hal ini dapat memberikan keceriaan kepada kampung.

Seiringan dengan itu Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditokok tambah dengan kemahiran anak kampung yang terpelajar dan sokongan bahan yang disediakan oleh kerajaan terus membuka jaringan dengan dunia luar. Kewujudan Blog JKKK Kpg Masjid Betong juga memberi sebaran maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang kampung ini. Selain itu, wujudnya laman Facebook yang dapat terus memberi infomasi dan perbualan dengan rakan yang lain.

Lagipun kepimpinan yang mantap dengan gabungan bekas pesara guru yang menjadi pemimpin kampung yang diterajui memiliki personaliti yang lengkap dari segi penilaian sebagai seorang ketua.

Dengan gandingan yang bersepadu dikalangan individu yang mempunyai kredibiliti berbeza, berkebolehan dan berkaliber untuk terus memimpin serta berpersonaliti menarik memberikan keyakinan untuk Kampung Fajar sebagai sebuah kampung yang berjaya mencapai kejayaan dan disegani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan