PERANAN DAN TUGAS JKKKP
KG. FAJAR
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKKP Kg. Fajar merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi mentadbir , mengurus dan memajukan setiap kampung.
- JKKKP telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
- Sebagaimana sedia maklum, JKKKP adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang bertindak sebagai penghubung di antara agensi agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program program kerajan yang di laksanankan unutk kesejahteraan rakyat.
- JKKKP merupakan unit pelaksana dasar dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalur aspirasi rakyat kepada peringkat yang paling tinggi.
- Menepati kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung,JKKKP bertanggungjawab di dalam mentadbir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadikan badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga,pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk wrga desa yang berdaya maju serta inovatif.
- Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
- JKKKP yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan.

TANGGUNGJAWAB JKKKP
- Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung.
- Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk.
- Semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
- Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
- Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain.
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
- JKKKP perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.
FUNGSI UTAMA
- Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
- Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
- Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai- nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.
- Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.
- Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
- Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
- Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.
- Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
- Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
- Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
- Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.
- Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.
AKTIVITI JKKKP
- Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKKP.
- Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKKP.
- Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.
- Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKKP.
- Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKKP.
- Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKKP.
- Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.
- Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKKP.
- Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.
- Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
- Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.
- Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.
- Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKKP. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.
- Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.
- JKKKP perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk memajukan kampung.
- JKKKP bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan.
SIFAT-SIFAT AHLI JKKKP
Ahli JKKKP mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:
BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.
CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampung.
AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.
ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Ahli JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama dan lain-lain.
KEKUATAN: Ahli JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat. Ahli JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna Ahli JKKK mestilah bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat.
SEDIA BERKHIDMAT: Ahli JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
SEDIA BERKHIDMAT: Ahli JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
BERDISIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan hariannya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.
BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi Ahli JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi Ahli JKKK. Ahli JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuhnya dengan orang lain, mereka seharusnya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan.
Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.
Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.
Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada Ahli JKKKP, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKKP, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin.
Oleh itu Ahli JKKKP seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. J
AMALAN MENDIDIK: Ahli JKKKP juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekiranya Ahli JKKKP itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.
Oleh itu Ahli JKKKP seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. J
AMALAN MENDIDIK: Ahli JKKKP juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekiranya Ahli JKKKP itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.
TUGAS UTAMA JKKKP
JKKKP kampung perlu melakukan tugas-tugas utama berikut:
- Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.
- Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.
- Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain).
- Menjadi pengantara antara penduduk kampung dengan pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.
- Bertanggungjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.
- Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKKP dan ahli jawatankuasa kecil nya.
- Menyediakan profil kampung, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.
- Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampung dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya sekali dalam sebulan).
- Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.
Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan