Perpaduan atau ‘solidarity’ didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.
Bagi kami, perpaduan masyarakat merupakan kunci kemakmuran, kejayaan dan kesejahteraan kampung. Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang membawa kepada perpaduan masyarakat di kampung ini sejak dari dulu lagi.
Program Keagamaan
Sambutan Hari Raya
Hari Raya Aidilfitri di sambut setiap tahun di kampung ini dan budaya kunjung mengunjung dari rumah ke rumah sudah menjadi amalan penduduk Kg. Kituntul Lama tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.
Program bergotong royong
Pemimpin bersama rakyat
Program Keselamatan
AJK Bahagian Keselamatan JKKK Kg. Fajar telah membina sebuah pondok di pintu masuk ke kampung ini sejak dari tahun 2010. AJK ini telah menjalankan beberapa aktiviti keselamatan di kampung ini seperti:
- Memantau kenderaan ataupun orang yang tidak dikenali masuk ke kampung ini.
- Mengadakan rondaan di sekitar kampung pada sebelah malam secara bergilir-gilir.
- Memantau aktiviti-aktiviti yang tidak sihat di kawasan kampung ini.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan