
Pertanian dan Penternakan
Aspek ini menilai usaha-usaha serta kemajuan sektor pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) dan sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi penduduk kampung tersebut. Ciri-ciri yang dinilai meliputi usaha-usaha pertanian secara berkelompok, pemulihan tanah terbiar, sistem pemeliharaan
ternakan, penyenggaraan kebersihan kandang/kolam, pengembangan serta kadar penerimaan dan penggunaan teknologi.
Penekanan juga diberi kepada usaha-usaha pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) secarakomersial, kaedah-kaedah pengurusan, serta mempertingkatkan hasil dan pemasaran.
Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan
Aspek ini menilai kepada sejauh mana penglibatan penduduk dalam projek-projek ekonomi selain dari sektor pertanian meliputi perniagaan, industri desa, sektor perkhidmatan, pelancongan, pelaburan/kewangan dan seumpamanya.
Ini termasuklah usaha-usaha mempelbagaikan asas ekonomi yang boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk seperti industri pemprosesan dan pembuatan, sektor perkhidmatan, industri pelancongan dan perniagaan.
Penilaian juga dibuat kepada keupayaan menghasilkan projek-projek yang boleh dijadikan model kepada kampung-kampung lain, keupayaan menerima dan menggunakan kemahiran/kepakaran serta teknologi baru dan usahausaha yang boleh menyumbang ke arah perwujudan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).
Sumber Kekayaan Baru Desa
Aspek ini menilai kemampuan penduduk setempat (individu) menggunakan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kreativiti dan inovasi untuk :
- mencipta suatu produk unik/baru yang tiada dalam pasaran serta memiliki potensi komersil yang tinggi;
- mencipta suatu kaedah/teknik teknologi/peralatan atau penyelidikan/warisan petua yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti atau daya saing sesuatu produk; dan
- memanfaatkan hasil penyelidikan saintifik atau kajian tempatan untuk memberi nilai kompetitif terhadap produk sedia ada.
b. Skop item ialah kraf tangan, makanan, fabrik, kecantikan, herba baru dan sebagainya. Aspek ini menilai daya penduduk secara individu menerbitkan idea, penggunaan bahan-bahan yang mudah digunakan, cara-cara pembuatan yang tidak kompleks, teknologi murah yang digunakan, penggunaan petua, memanfaatkan hasil penyelidikan tempatan, kepelbagaian jenis ciptaan, perbandingan kuantiti dihasilkan (sebelum/selepas), perbandingan masa pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas),
perbandingan kos pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas), harga jualan satu (1) unit, pendapatan purata (bulanan) dan sambutan/testimoni pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan